Seringkali kita dengar sambutan atau suatu peristiwa penghargaan atau sanjungan yang selalu disambut atau diadakan dengan meriah sekali sehingga ke peringkat kebangsaan sekalipun seperti Hari Kemerdekaan, Hari Guru, Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Lahir, dan sebagainya….. ( emm cam nak wat karangan dalam exam jer,hehe)
Kali ni sajer je ana nak mengisi masa lapang dengan view saner dan sini dan akhirnya ana dapat laaa satu isu untuk mereka yang bergelar mujahid dan mujahidah di dalam e-dakwah dengan pelbagai cara sama ada dalam bentuk blog,akhbar, artikel, dan sebagainya…Oleh itu ana rasa sepatutnya perlu ada hari penghargaan bagi mereka yang bergelar Pendakwah Siber………emm mungkin ramai yang x ter fikir akan mereka yang berkeja keras ni kan yang semata-mata untuk Islam yang tercinta walau tiada upah atau ganjaran yang di pinta.Yang penting bagi mereka ialah ikhlas dan beristiqomah dalam berdaie’ ni…dan yang d harapkan ialah ganjaran pahala dan rahmat dari Allah yang lebih utama dan selayaknya bagi mereka untuk d bawa sebagai bekalan d hari pembalasan kelak..maka bagi mereka, di julang-julangkan,di agong-agongkan,di kenang-kenangkan dan diraikan adalah tidak perlu…kerana apa??..semuanya ialah kerana cintakan Ilahi, kasihkan Rasulullah dan mengimpikan syurgaNya yang pasti indah .
Bak kata pepatah:
- Biar kematu di jari kerana menaip keybord daripada sia-sia menaip sms,
- Biar bersengkang mata walau penat sekalipun menahan pedih nafsu tidur daripada bersengkang mata di hadapan television,
- Biar sakit seluruh badan kerana kurangnya tidur daripada sakit badan pergi merempit,
- Biar keroncongan kelaparan bergetar asalkan medan dakwahnya penuh kenyang terisi,
- Biar lelah itu teserlah asalkan puas melihat dakwahnya terpapar di alam siber,
- Biar kewangan menggunung dilaburkan asalkan saham kesedaran teserlah di hati-hati manusia…….
….Kerana Islam Agama DariNya, Kami Berjuang….
Dan bagi mereka yang bergiat aktif dalam dakwah yang berbentuk penulisan, yang sentiasa ketagihkan ilmu dan ilham, dan yang sentiasa perlukan sokongan pendapat dan dorongan, dan yang sukakan perkongsian ilmu dengan selidik menyelidik, minta meminta, copy mengopy dan sebagainya, ana menghargai mereka dengan kata-kata mutiara ini dan terimalah kerana ana pn seorang yang kempunankan ilmuNya daripada mereka yang bergelar Seorang Penulis kerana ALLAH.
Indahnya ungkapan bicara menerjah sukma kelam
tersusun rapi di setiap bibit kata sehalus potongan permata
menyelongkar rahsia mutiara di dasar lautan
setiap rangkap bicara mengungkap beza intan dan kaca
mengumpul segala isi alam dalam satu karangan
menghurai isi lautan, menghurai isi gunung
dengan bicara indah seharum wangian setanggi
membongkar rahsia ghaib dan nyata
dalam renung, pandang dan pengalaman
kau luah semua ilmu terpendam......
Langit, jangan kau hilang birumu
matahari, jangan kau hilang bahangmu
angin, jangan kau hilang sapamu
bayu, jangan kau hilang sejukmu
laut, jangan kau hilang gelora mu
penulis, jangan kau hilang semangat dan bisa penamu......
Kerana aku belum puas, dalam memburu isi hidup
belum puas merasai nikmat alam
belum puas membaca setiap madah pujangga
belum puas memburu ilmu penulisanmu
sesunguhnya aku belum puas
untuk menhayati keindahan ilmu alam
keindahan ilmu yang kau berikan......
Setiap hari aku bermusafir
dari satu email ke satu email..
dari satu group ke satu group
dari satu blog ke satu blog
dari satu web ke satu web
demi menhayati keindahan ilmu
demi mencari ilmu yang kau berikan
sehingga kadang aku lupa dan alpa
masa telah pun meninggalkanku......
Aku penat, aku lelah, aku tertinggal
dalam memburu kesukaan yang aku cintai
dalam bermusafir aku bermunajat
mengharap jasa budi pada penulis
mengharap jasa budi pada guru
mengharap jasa budi pada semua
agar aku mampu berhenti dari terus bermusafir
tampa tertinggal sebarang kecintaanku......
Bukan duit ringgit yang ku pinta
bukan nama atau megah yang aku kejar
yang ku pinta karangan indahmu
yang kukejar ilmu penulisanmu
agar masa tidak lagi mencemburui aku
dalam bermusafir edit, manaip, copy n paste
kerana karangan indah mu,
kerana ilmu penulisanmu,
adalah harta yang tak ternilai
untuk aku lepas sia-sia......
Hantarlah padaku, kirimkanlah padaku
karangan indahmu, ilmu penulisanmu
aku dahaga, aku haus
aku penat, aku lelah
dalam memburu kesukaan dan kecintaanku
hanya karangan indahmu yang aku pinta
hanya penulisan ilmumu yang aku harap
permudahkanlah pencarianku
semoga Allah memberkati kita semua
ku panjatkan kesyukuran pada ilahi
dan pada Dialah aku bersujud.
Diambil dari karya
Syed Badrul Hisyam Alhaddad
dan telah digubah.
0 ulasan:
Catat Ulasan