BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 31 Disember 2009

Rela Dimasukkan ke Dalam Neraka

gambar hiasan sajer tau


Bismillahirahmanirrahim

Salam alaik… Salam muhibbah…

Selawat dan salam buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan keluarga baginda.Malah sebesar2 junjungan kesyukuran kita kepada pemilik segala isi hati kerana dengan limpah kurniaNya kita masih di beri peluang untuk menikmati kehidupan pada tahun baru ini..


“ Aku mencintaimu kerana agama yang ada pada dirimu, jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku padamu.” ( Imam Al-Ghazali rh)

“Haaaasyim…em banyak nyer habuk,bersawang plak 2,iee kotornyer,blog saper laa ni,eh2 blog sendiri rupanyer..hehehehe dah lame ana x updte blog ni..maaf yer agak bz akhir2 ni..”Hai apa khabar semua,di harap sihat sejahtera di samping iman yang sentiasa update dan kian bertambah,haa cepat2 la setting azam,apgrade amal,download kesabaran,update doa n topup ilmu,dah masuk tahun baru ni.ish2.x sedar masa berlalu dan usia makin bertambah.jgn asyik nak tambah accessories cinta jer tau.haa bila barkata tentang cinta ni pasti pasangan yang berkasih sahaja yang akan tersenyum sinis sambil terbayang-bayang memori bersama kan(maksud ana bg mrk yg bercinta selepas berkahwin je tau)…biasalah cinta itu lebih kerap di kenali sbg satu hubungan rasa di antara lelaki dengan wanita,@ suatu getaran jiwa yg meluap-luap bila bertemu si dia..em susah laa ana nak terangkan sbb mgkn ana x pernah rasa aper i2 cinta kot…hehe.biasenyer orang kata cinta itu buta.cinta itu penyakit murni bagi hati,cinta itu baja kebahagiaan ,cinta itu raja segala kasih,cinta itu raja bagi hati,cinta itu ruh ketenangan,cinta itu madu kehidupan,cinta itu tiang kegembiraan,cinta itu mata hati,cinta itu pusat segala tindakan,cinta itu raja memahami n sebagainya..,hmmm tpi pernah x kita trfikir yang cinta itu juga kunci syurga yang mampu menyelamatkan kita d akhirat kelak..oleh itu ana bawakan satu kisah tantang CINTA.bukan cinta kekasih tau tapi “cinta persaudaraan” yang berlaku di zaman Nabi Musa AS yang mampu menjadi KUNCI SYURGA…silakan membaca

………:::::*******:::::………


Nabi Musa AS suatu hari sedang berjalan-jalan melihat keadaan ummatnya. Nabi Musa AS melihat seseorang sedang beribadah. Umur orang itu lebih dari 500 tahun. Orang itu adalah seorang yang ahli ibadah. Nabi Musa AS kemudian menyapa dan mendekatinya. Setelah berbicara sejenak ahli ibadah itu bertanya kepada Nabi Musa AS, ‘Wahai Musa AS aku telah beribadah kepada Allah SWT selama 350 tahun tanpa melakukan perbuatan dosa. Di manakah Allah SWT akan meletakkanku di Syurga-Nya?. Tolong sampaikan pertanyaanku ini kepada Allah’.

Nabi Musa AS mengabulkan permintaan orang itu. Nabi Musa AS kemudian bermunajat memohon kepada Allah SWT agar Allah SWT memberitahu kepadanya di mana ummatnya ini akan ditempatkan di akhirat kelak. Allah SWT berfirman, "Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepadanya bahwa Aku akan meletakkannya di dasar Neraka-Ku yang paling dalam". Nabi Musa AS kemudian mengkhabarkan kepada orang tersebut apa yang telah difirmankan Allah SWT kepadanya. Ahli ibadah itu terkejut. Dengan perasaan sedih ia beranjak dari hadapan Nabi Musa AS.

Malamnya ahli ibadah itu terus berfikir mengenai keadaan dirinya. Ia juga mulai terfikir bagai mana dengan keadaan saudara-saudaranya, temannya, dan orang lain yang mereka baru beribadah selama 200 tahun, 300 tahun, dan mereka yang belum beribadah sebanyak dirinya, di mana lagi tempat mereka kelak di akhirat. Keesokan harinya ia menjumpai Nabi Musa AS kembali. Ia kemudian berkata kepada Nabi Musa AS, "Wahai Musa AS, aku rela Allah SWT memasukkan aku ke dalam Neraka-Nya, akan tetapi aku meminta satu permohonan. Aku mohon agar setelah tubuhku ini dimasukkan ke dalam Neraka maka jadikanlah tubuhku ini sebesar-besarnya sehingga seluruh pintu Neraka tertutup oleh tubuhku jadi tidak akan ada seorang pun akan masuk ke dalamnya".

Nabi Musa AS menyampaikan permohonan orang itu kepada Allah SWT. Setelah mendengar apa yang disampaikan oleh Nabi Musa AS maka Allah SWT berfirman, "Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepada ummatmu itu bahwa sekarang Aku akan menempatkannya di Surga-Ku yang paling tinggi".

Emm itu lah kisah cinta persaudaraan yang memberi pengajaran kpd kita bahawa jangan pentingkan diri sendiri shj sehingga hilang kewjipan bersaudara dan hilang rasa ambil kisah dan sayang kpd mereka.,Di kesempatan ini ana menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf atas segala salah & silap, terkasar bahasa dan terlanjur kata. Semoga silaturrahim yang terjalin antara kita berpanjangan dan mendapat barakah & rahmat dariNya. Semoga Allah menerima amal ibadah kita dan menghimpunkan kita bersama di SyurgaNya, aminnn….


Selasa, 1 Disember 2009

JIKA KEKASIH ALLAH DATANG MENZIARAHI TERATAP KITA


Seandainya Rasulullah mengetuk pintu rumah kita.

Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin

Allah, tiba-tiba muncul mengetuk rumah kita...

Baginda datang dengan tersenyum dan muka bersih

dimuka pintu rumah kita.. Apa yang akan kita

lakukan?

Semestinya kita akan sangat berbahagia, memeluk

baginda erat-eratnya, dan lantas

mempersilakan beliau masuk ke ruang tamu kita.

Kemudian kita tentunya akan meminta dengan

bersungguh-sungguh agar Rasulullah SAW sudi menginap beberapa hari di rumah kita.

Baginda tentu tersenyum.....

Tapi barangkali kita meminta pula Rasulullah SAW

menunggu sebentar di depan pintu kerana kita

teringat video CD Rated 18xxx yang ada di

ruang tengah, dan kita tergesa-gesa memindahkan

dahulu CD tersebut ke dalam.

Baginda tentu tetap tersenyum.....

Atau barangkali, kita teringat akan lukisan

wanita separuh telanjang yang kita gantung

diruang tamu kita, sehingga kita terpaksa juga

memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa..

Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan

Muhammad yang ada diruang belakang atau yang tersimpan

di stor dan meletakkannya di ruang tamu.

Baginda tentu tersenyum.....

Bagaimana bila Rasulullah SAW bersedia menginap

dirumah kita?

Barangkali kita teringat bahawa anak kita lebih

hafal lagu-lagu barat daripada

menghafal selawat kepada Nabi. Barangkali kita

menjadi malu bahawa anak-anak tidak mengetahui

sedikitpun sejarah Rasulullah SAW, kerana

kita lupa dan lalai mengajari anak-anak kita.

Baginda tentu tersenyum.....

Barangkali kita jadi

malu bahawa anak-anak kita tidak mengetahui

satupun nama keluarga Rasulullah SAW dan

sahabatnya,tetapi telah menghafal di kepala mengenai

anggota Power Rangers atau Penyu

Ninja.Barangkali kita terpaksa menukar satu bilik

karaoke menjadi ruang bilik solat.Barangkali kita

teringat bahawa perempuan dirumah kita tidak

memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk

berhadapan dengan Rasulullah SAW.

Baginda tentu tersenyum.....

Belum lagi koleksi buku-buku kita

dan anak-anak kita.. Belum lagi koleksi kaset/CD

kita dan anak-anak kita.. Belum lagi koleksi

karaoke kita dan anak-anak kita.. Kemanakah kita

harus menyingkirkan semua koleksi tersebut demi

menghormati junjungan kita? Barangkali kita

menjadi malu diketahui junjungan kita

bahawa kita tidak ke masjid meskipun azan

berbunyi.

Baginda tentu tersenyum.....

Barangkali kita menjadi malu kerana

pada saat azan Maghrib, keluarga

kita malah sibuk di depan TV. Barangkali kita

menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir

seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan

duniawi. Barangkali kita menjadi malu kerana

keluarga kita tidak pernah

menjalankan solat sunat. Barangkali kita menjadi

malu kerana keluarga kita jarang membaca Al-

Quran. Barangkali kita menjadi malu bahawa kita

tidak mengenal tetangga-tetangga kita.

Baginda tentu tersenyum..... Barangkali kita

menjadi malu jika Rasulullah SAW menanyakan

kepada kita siapa nama tukang sapu

sampah yang setiap hari berlegar di depan rumah

kita. Barangkali kita menjadi malu jika

Rasulullah bertanya tentang nama dan alamat

tukang penjaga masjid di tempat kita.

Betapa tetap tersenyum di situ.....

Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba muncul di

depan rumah kita... Apa yang akan kita lakukan?

Masihkan kita memeluk junjungan kita dan

mempersilakan baginda masuk dan menginap di rumah

kita? Atau akhirnya dengan berat hati kita akan

menolak baginda berkunjung ke

rumah kerana hal itu akan sangat membuat kita

kalut dan malu?

Maafkan kami, ya Rasulullah.....

Ampunkan kami ya Rasulullah….

Sesunguhnya kami sedar kami telah jauh tersesat dari jalan ajaranmu…

Kami hina dan tercela bagimu…

Sanggupkah engkau ya kekasih Allah mengaku

Kami sebagai ummatmu lagi….sanggupkah…..sudikah…..

Kami merintih dan merayu padamu….

Maafkan kami….

Masihkah baginda tersenyum.....?

Yaaaaa masih tersenyum

Tatapi senyum yang membawa maksud

Senyum pilu, senyum sedih dan senyum getir.....

Oh, betapa memalukannya kehidupan kita saat ini

di mata Rasulullah.....

Sampaikanlah kepada teman-teman, moga kita dapat

hayati dan renunginya bersama...