BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 25 September 2010

Cinta Ukhwah Fillah

Konsep silaturrahim disemai. Jalinan ukhwah terus dibaja. Menjadi asbab keluarga harmoni, mahabbah wa mawaddah. Silah bermaksud hubungan. Manakala Ar-Rahim maknanya pertalian manusia dari segi keturunan dan disebut juga kerabat atau keluarga. Tidakkah anda semua mendambakan begitu? Masih lagi berfikir? Ayuh katakan..

Dalam perca-perca kenangan persahabatan, ku teringatkan titik permulaan ku mengenali diri mu. Beginilah cinta persahabatan, mewarnai kehidupan kita semenjak kecil sehinggalah kita dewasa. Aku sering mengharapkan agar kau kekasih ukhwahku dalam membina jambatan ibadah dan menoktahkan kebimbangan diri ini dalam mencari teman seperjuangan,seperti ungkapan yang telah menjadi sirah bicara kita…. “Mari kita buktikan pada dunia bahawa ukhwah cinta kita dalam persahabatan kerana agama ini suci dan abadi.”

“ Aku mencintaimu kerana agama yang ada pada dirimu, jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku padamu.” ( Imam Al-Ghazali rh)
Aku pegang erat janji mu, kita menuju gerbang ukhwah sejati. Jangan biarkan cinta persaudaraan ini karam di lautan sepi. Jangan biarkan kemenangan berpihak kepada mereka yang menjadikan cinta kita sebagai bahan perjudian. Mereka semua tidak berhak menilai percintaan persahabatan kita, kerana rasa kasih dan sayang yang kita kongsi bersama ini hanyalah kita yang mampu memahaminya.

Cinta ini umpama secawan madu dengan hempedu.
Dilimpahi dengan kemanisan tetapi juga dipenuhi dengan pancaroba.
Jika kita ingin merasai kemanisannya,
jangan lupa untuk bersedia merasai kepahitannya juga.

CINTA persahabatan adalah ibarat air. Kita sangat memerlukannya di dalam hidup namun jika ia ibarat air di lautan ia akan menjadi ombak yang akan mengumbang-ambingkan hidup kita, jika ia ibarat air di kutub utara-selatan maka ia akan menjadi ketulan ais yang membekukan kita, jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang maka ia akan berterusan menghanyutkan kita ke muara, jika ia ibarat air terjun maka akan terhempaslah kita berulang-ulang ke bawah, jika ia ibarat air tasik yang tenang membiru maka kita dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya. Maka jenis air manakah yang kita inginkan… Carilah mata air yang suci lagi murni…walaupun keluar sedikit demi sedikit tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan kita dengan sekali teguk sahaja.
" Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan jangan kamu sekutukan dia dengan sesuatu pun jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu-bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan jga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri "
(Surah An-Nisa’ ayat 36)

Selasa, 21 September 2010

Ghibah (mengumpat) yang dibenarkan

Ghibah (mengumpat) adalah salah satu perbuatan yang tercela dan memiliki kesan negatif yang cukup besar. Ghibah dapat mencerai-beraikan ikatan kasih sayang dan ukhuwah sesama manusia. Seseorang yang berbuat ghibah bererti dia telah menebarkan kedengkian dan kejahatan dalam masyarakat. Walaupun telah jelas besarnya bahaya ghibah, tapi masih banyak saja orang yang melakukannya dan menganggap remeh bahaya ghibah (mengumpat/menggunjing).

Akan tetapi ternyata ada beberapa hal yang mengakibatkan seseorang diperbolehkan untuk mengumpat/menggunjing. Namun sebelum mengetahui kriteria masalah apa saja yang membolehkan seseorang untuk melakukan ghibah, ada baiknya kita mengetahui dahulu apa itu ghibah.

Definisi Ghibah

Definisi ghibah dapat kita lihat dalam hadits Rasulullah e berikut ini:

“Ghibah ialah engkau menceritakan saudaramu tentang sesuatu yang ia benci.” Si penanya kembali bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah pendapatmu bila apa yang diceritakan itu benar ada padanya ?” Rasulullah menjawab, “kalau memang benar ada padanya, itu ghibah namanya. Jika tidak benar, bererti engkau telah berbuat buhtan (mengada-ada).” (HR. Muslim, Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ahmad).

Berdasarkan hadits di atas telah jelas bahawa definisi ghibah iaitu menceritakan tentang diri saudara kita sesuatu yang ia benci meskipun hal itu benar. Ini bererti kita menceritakan dan menyebarluaskan keburukan dan aib saudara kita kepada orang lain. Allah sangat membenci perbuatan ini dan mengibaratkan pelaku ghibah seperti seseorang yang memakan bangkai saudaranya sendiri. Allah S.w.t berfirman:

” Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (QS. Al-Hujurat: 12)

Bentuk-bentuk Ghibah yang Diperbolehkan.

Imam Nawawi dalam kitab Syarah Shahih Muslim dan Riyadhu As-Shalihin, menyatakan bahawa ghibah hanya diperbolehkan untuk tujuan syara’ iaitu yang disebabkan oleh enam hal, iaitu:

1. Orang yang mazhlum (teraniaya) boleh menceritakan dan mengadukan kezaliman orang yang menzhaliminya kepada seorang penguasa atau hakim atau kepada orang yang berwenang memutuskan suatu perkara dalam rangka menuntut haknya.
Hal ini dijelaskan dalam Al-Qur’an surat An-Nisa ayat 148:

“Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. An-Nisa’ : 148).

Ayat ini menjelaskan bahawa orang yang teraniaya boleh menceritakan keburukan perbuatan orang yang menzhaliminya kepada khalayak ramai. Bahkan jika ia menceritakannya kepada seseorang yang mempunyai kekuasaan, kekuatan, dan wewenang untuk menegakkan amar ma’ruf nahi munkar, seperti seorang pemimpin atau hakim, dengan tujuan mengharapkan bantuan atau keadilan, maka sudah jelas boleh hukumnya.

Tetapi walaupun kita boleh mengghibah orang yang menzhalimi kita, pemberian maaf atau menyembunyikan suatu keburukan adalah lebih baik. Hal ini ditegaskan pada ayat berikutnya, iaitu Surat An-Nisa ayat 149:

“Jika kamu menyatakan kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.” (QS. An-Nisa: 149)

2. Meminta bantuan untuk menyingkirkan kemungkaran dan agar orang yang berbuat maksiat kembali ke jalan yang benar. Pembolehan ini dalam rangka isti’anah (minta tolong) untuk mencegah kemungkaran dan mengembalikan orang yang bermaksiat ke jalan yang hak. Selain itu ini juga merupakan kewajiban manusia untuk ber-amar ma’ruf nahi munkar. Setiap muslim harus saling bahu membahu menegakkan kebenaran dan meluruskan jalan orang-orang yang menyimpang dari hukum-hukum Allah, hingga nyata garis perbedaan antara yang haq dan yang bathil.

3. Istifta’ (meminta fatwa) akan sesuatu hal.
Walaupun kita diperbolehkan menceritakan keburukan seseorang untuk meminta fatwa, untuk lebih berhati-hati, ada baiknya kita hanya menyebutkan keburukan orang lain sesuai yang ingin kita adukan, tidak lebih.

4. Memperingatkan kaum muslimin dari beberapa kejahatan seperti:

a. Apabila ada perawi, saksi, atau pengarang yang cacat sifat atau kelakuannya, menurut ijma’ ulama kita boleh bahkan wajib memberitahukannya kepada kaum muslimin. Hal ini dilakukan untuk memelihara kebersihan syariat. Ghibah dengan tujuan seperti ini jelas diperbolehkan, bahkan diwajibkan untuk menjaga kesucian hadits. Apalagi hadits merupakan sumber hukum kedua bagi kaum muslimin setelah Al-Qur’an.

b. Apabila kita melihat seseorang membeli barang yang cacat atau membeli budak (untuk masa sekarang bisa dianalogikan dengan mencari seorang pembantu rumah tangga) yang pencuri, peminum, dan sejenisnya, sedangkan si pembelinya tidak mengetahui. Ini dilakukan untuk memberi nasihat atau mencegah kejahatan terhadap saudara kita, bukan untuk menyakiti salah satu pihak.

c. Apabila kita melihat seorang penuntut ilmu agama belajar kepada seseorang yang fasik atau ahli bid’ah dan kita khawatir terhadap bahaya yang akan menimpanya. Maka kita wajib menasihati dengan cara menjelaskan sifat dan keadaan guru tersebut dengan tujuan untuk kebaikan semata.

5. Menceritakan kepada khalayak tentang seseorang yang berbuat fasik atau bid’ah seperti, minum-minuman keras, menyita harta orang secara paksa, memungut pajak liar atau perkara-perkara bathil lainnya. Ketika menceritakan keburukan itu kita tidak boleh menambah-nambahinya dan sepanjang niat kita dalam melakukan hal itu hanya untuk kebaikan.

6. Bila seseorang telah dikenal dengan julukan si pincang, si pendek, si bisu, si buta, atau sebagainya, maka kita boleh memanggilnya dengan julukan di atas agar orang lain langsung mengerti.

Tetapi jika tujuannya untuk menghina, maka haram hukumnya. Jika ia mempunyai nama lain yang lebih baik, maka lebih baik memanggilnya dengan nama lain tersebut. Wallahu a’lam bishshawab


Konvoi ulat bulu di Afrika Selatan

Konvoi yang luar biasa ini adalah jejak 136 ulat bulu kecil berangkat ke semak-semak. Adegan ini ditangkap oleh Jamie Rooney, ketika kenderaannya tersadai sementara konvoi sepanjang 5m (17 kaki) menyeberangi jalan di Taman Negara Kruger, Afrika Selatan.
Serangga-serangga halus yang dihubungkan oleh satu benang sutera nipis tunggal di tanah yang menetapkan jalan keluar ke semak-semak, di mana mereka akhirnya akan berubah menjadi kupu-kupu. Mereka mengambil sekitar 20 minit untuk menyeberangi jalan dengan selamat.

“Ini adalah suatu pemandangan yang luar biasa,” kata lelaki berusia 38 tahun itu dari High Wycombe. “Kami keluar untuk melihat lebih dekat dan sebanyak 136 ulat, semua bergerak bersama-sama di trek.

“Penunjuk arah (guide) kami belum pernah melihat itu sebelumnya tapi dia sudah mendengar tentang hal itu dan menjelaskan bahawa mereka berhijrah ke dalam semak-semak, di mana mereka akan bubar dan berubah menjadi chrysalises.”

“Ianya seperti penghijrahan beramai-ramai haiwan besar seperti rusa kutub tetapi pada skala dan kelajuan yang berbeza.”

Lihatlah keunikan alam ciptaan Allah S.w.t ini. Serangga-serangga pun pandai memberi contoh kerjasama dan muafakat, tetapi kenapa manusia sekarang ini semakin mahu bermusuh-musuhan dan berperang sesama sendiri? Nampaknya serangga lebih bijak dari manusia yang sebegitu. Ulat bulu / beluncas sekarang ini bukan hanya pandai naik daun, tetapi pandai juga membuat konvoi, subhanAllah …….


Jumaat, 17 September 2010

Bicara Hati Tentang Persahabatan

Salam alaik temanku...
seorng sahabat adlah yg dpt mendgarkan lagu d dlm hatimu,
dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait2nya....

sorng sahabat jg adalah anugerah ilahi untk mnjga kita,
rasa hormat tidk selalu mmbwa kpd prshbatan,
tpi jgn prnah menyesal untk bertemu dgn orng lain
ttpi mnyesallah jika orang itu menyesal brtemu dgn mu.....

ingatlah, kamu tidak akan pernah memiliki seorng sahabat,
jika kamu mnghrapkan seseorng tanpa kesalahan,
krn semua manusia itu baik klau kamu dpt melihat kebaikannya
dan menyenangkan klu kamu dapat melihat keunikannya...
ttpi semua manusia itu akan buruk dan membosankan
kalau kamu tidak dapat melihat keduanya....

Khamis, 16 September 2010

Madah Cinta...

Cinta bukan mengajar kita lemah, tapi membangkitkan kekuatan.
Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tapi menghembuskan kegagahan.
Cinta bukan melemahkan kudrat, tapi membangkitkan semangat.
-HAMKA-

Tiada yang indah dalam hati sanubari melainkan cinta kepada Allah, dan takkan bersemi cinta-Nya dalam hati seandainya ada cinta selain dari-Nya.
-Ibnu Taimiyah-

Kebahagiaan ada pada cinta. Selama manusia mencari kebahagiaan untuk dirinya sendiri, bukan untuk bersama orang lain, maka selama itulah ia tidak akan berjumpa dengan kebahagiaan.
-Leo Tolstoy-

Jika bicara cinta itu kabur, jawabnya hatiku kotor, zuhudku punah kerana kuasa, tercincang kerana kibr, mendebu kerana harta, hilang sama sekali kerana suuz zhon.. Tapi tajarrudku (tekad untuk berpaling dari duniawi) menjadikan aku merasa diri disayangi, di mana langkahku makin berani, inilah cinta yang ku perlukan!
-Anonymous-

Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang paling dicintai Allah di antara kedua-duanya ialah orang yang paling besar cintanya kepada saudaranya.
-Hadith Riwayatibnu Hibban & Al-Hakim-

Ayuh kita sahut panggilan Cinta. Biar dibakar api Cinta. terubat duka rawan rindu kepada Cinta: Bahawa yang paling seronok , paling mewah, paling lazat ialah kelazatan menunaikan janji abadi: Bahawa Dia itu Satu, tempat bergantungnya segala sesuatu, tumpuan hidup dan mati dan hidup lagi sesudah mati. Dia sumber Cinta, Pencipta segala rasa....

Selasa, 14 September 2010

Amalan Salaf yang dipinggirkan pada Malam Hari Raya

PERKARA YANG SUNAT DILAKUKAN PADA MALAM HARI RAYA

1) Di dalam Sunan Al-Baihaqi pada bab Ibadat pada malam 2 hari raya;


أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُوسَى بْنِ الْفَضْلِ حَدَّثَنَا أَبُو الْعَبَّاسِ الأَصَمُّ أَخْبَرَنَا الرَّبِيعُ أَخْبَرَنَا الشَّافِعِىُّ أَخْبَرَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُحَمَّدٍ قَالَ قَالَ ثَوْرُ بْنُ يَزِيدَ عَنْ خَالِدِ بْنِ مَعْدَانَ عَنْ أَبِى الدَّرْدَاءِ قَالَ : مَنْ قَامَ لَيْلَتَىِ الْعِيدِ لِلَّهِ مُحْتَسِبًا لَمْ يَمُتْ قَلْبُهُ حِينَ تَمُوتُ الْقُلُوبُ. {ش} قَالَ الشَّافِعِىُّ : وَبَلَغَنَا أَنَّهُ كَانَ يُقَالُ : إِنَّ الدُّعَاءَ يُ�! �ْتَجَابُ فِى خَمْسِ لَيَالٍ فِى لَيْلَةِ الْجُمُعَةِ وَلَيْلَةِ الأَضْحَى وَلَيْلَةِ الْفِطْرِ وَأَوَّلِ لَيْلَةِ مِنْ رَجَبٍ وَلَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ.

Maksudnya: Daripada Abu Darda’ beliau berkata: Sesiapa yang menbangunkan 2 malam raya, tidak mengharapkan apa-apa kecuali Allah, nescaya tidak akan mati hatinya ketika matinya kesemua hati.
Berkata Imam Syafie: Terdapat riwayat yang mengatakan Abu darda’ berkata: Sesungguhnya doa mustajab pada 5 malam; malam jumaat, malam hari raya adha, malam raya fithri, malam pertama rejab dan malam nisfu syaaban.
2) Riwayat di dalam Kitab Syuabul Iman;

و مما أنبأني أبو عبد الله الحافظ إجازة و رواه عنه الإمام أبو عثمان إسماعيل بن عبد الرحمن الصابوني أنا أبو عبد الله محمد بن علي بن عبد الحميد نا إسحاق بن إبراهيم أنا عبد الرزاق أخبرني من سمع ابن البيلماني يحدث عن أبيه عن ابن عمر قال : خمس ليال لا يرد فيهن الدعاء ليلة الجمعة و أول ليلة من رجب و ليلة النصف من شعبان و ليلتا العيد


Maksudnya: Dari Ibn Umar beliau berkata: Lima malam tidak akan ditolak doa permintaan. Malam Jumaat, malam pertama dari tejab, malam nisfu syaaban dan dua malam raya (fitri dan adha).
Berkata Imam Manawi di dalam Faidul Qadir: Sunat menghidupkan kelima-lima malam tersebut. Para salaf sentiasa melakukan perbuatan tersebut.

CARA MENGHIDUPKAN MALAM TERSEBUT
1) Imam Nawawi menyebut di dalam Kitab Azkar;

يستحب إحياء ليلتي العيد بالذكر والصلاة وغيرهما فإنه وإن كان ضعيفا لكن أحاديث الفضائل يتسامح فيها قال : والظاهر أنه لا يحصل الإحياء إلا بمعظم الليل


Maksudnya: Disunatkan menghidupkan kedua malam hari raya (Fitri dan Adha) dengan zikir, solat dan selain keduanya. Walaupun hadis berkenaan menghidupkan malam tersebut kedudukannya lemah akan tetapi hadis-hadis berkenaan amalan yang mempunyai kelebihan tertentu diberi kelonggaran untuk berpegang dengannya.

Berkata Imam Nawawi: Secara zahir dapat difahami tidak dikatakan menghidupkan malam kecuali dengan dibangunkan sebahagian besar daripada malam tersebut.

2) Di dalam kitab Al-Imdad’;

وفي الامداد: ويحصل القيام بالصلاة نفلا فرادى من غير عدد مخصوص، وبقراءة القرآن، والاحاديث وسماعها، وبالتسبيح والثناء، والصلاة والسلام على النبي (ص) الحاصل ذلك في معظم الليل


Maksudnya: Maksud mendirikan malam adalah dengan melaksanakan solat sunat secara sendirian tanpa bilangan rakaat tertentu, dengan membaca Al-Quran, membaca hadis dan memperdengarkannya, dengan bertasbih dan memuji Allah, dengan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang kesemuanya dilakukan pada sebahagian besar daripada malam hari tersebut.
3) Dari Ibn Abbas;
عن ابن عباس رضي الله عنهما بصلاة العشاء جماعة، والعزم على صلاة
الصبح جماعة، كما قالوه في إحياء ليلتي العيدين.
وفي صحيح مسلم قال رسول الله (ص) من صلى العشاء في جماعة فكأنما قام نصف الليل، ومن صلى الصبح في جماعة فكأنما قام الليل كله
Maksudnya: Membangunkan malam dengan solat Isyak secara berjamaah dan berazam untuk melaksanakan solat subuh secara berjemaah. Di dalam Sahih Muslim Baginda Nabi bersabda: Sesiapa yang melaksanakan solat Isyak secara berjemaah seolah-olah dia telah membangunkan separuh malam. Sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, seolah-olah membangunkan keseluruhan malam.

P/s: Di dalam kitab Al-Hawi al-Qudsi: Makruh berhimpun di mesjid untuk membangunkan malam tersebut.