Konsep silaturrahim disemai. Jalinan ukhwah terus dibaja. Menjadi asbab keluarga harmoni, mahabbah wa mawaddah. Silah bermaksud hubungan. Manakala Ar-Rahim maknanya pertalian manusia dari segi keturunan dan disebut juga kerabat atau keluarga. Tidakkah anda semua mendambakan begitu? Masih lagi berfikir? Ayuh katakan..
Dalam perca-perca kenangan persahabatan, ku teringatkan titik permulaan ku mengenali diri mu. Beginilah cinta persahabatan, mewarnai kehidupan kita semenjak kecil sehinggalah kita dewasa. Aku sering mengharapkan agar kau kekasih ukhwahku dalam membina jambatan ibadah dan menoktahkan kebimbangan diri ini dalam mencari teman seperjuangan,seperti ungkapan yang telah menjadi sirah bicara kita…. “Mari kita buktikan pada dunia bahawa ukhwah cinta kita dalam persahabatan kerana agama ini suci dan abadi.”
“ Aku mencintaimu kerana agama yang ada pada dirimu, jika hilang agama dari dirimu, maka hilanglah cintaku padamu.” ( Imam Al-Ghazali rh)Aku pegang erat janji mu, kita menuju gerbang ukhwah sejati. Jangan biarkan cinta persaudaraan ini karam di lautan sepi. Jangan biarkan kemenangan berpihak kepada mereka yang menjadikan cinta kita sebagai bahan perjudian. Mereka semua tidak berhak menilai percintaan persahabatan kita, kerana rasa kasih dan sayang yang kita kongsi bersama ini hanyalah kita yang mampu memahaminya.
Dilimpahi dengan kemanisan tetapi juga dipenuhi dengan pancaroba.
Jika kita ingin merasai kemanisannya,
jangan lupa untuk bersedia merasai kepahitannya juga.


(Surah An-Nisa’ ayat 36)

0 ulasan:
Catat Ulasan