BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 1 Disember 2009

JIKA KEKASIH ALLAH DATANG MENZIARAHI TERATAP KITA


Seandainya Rasulullah mengetuk pintu rumah kita.

Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin

Allah, tiba-tiba muncul mengetuk rumah kita...

Baginda datang dengan tersenyum dan muka bersih

dimuka pintu rumah kita.. Apa yang akan kita

lakukan?

Semestinya kita akan sangat berbahagia, memeluk

baginda erat-eratnya, dan lantas

mempersilakan beliau masuk ke ruang tamu kita.

Kemudian kita tentunya akan meminta dengan

bersungguh-sungguh agar Rasulullah SAW sudi menginap beberapa hari di rumah kita.

Baginda tentu tersenyum.....

Tapi barangkali kita meminta pula Rasulullah SAW

menunggu sebentar di depan pintu kerana kita

teringat video CD Rated 18xxx yang ada di

ruang tengah, dan kita tergesa-gesa memindahkan

dahulu CD tersebut ke dalam.

Baginda tentu tetap tersenyum.....

Atau barangkali, kita teringat akan lukisan

wanita separuh telanjang yang kita gantung

diruang tamu kita, sehingga kita terpaksa juga

memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa..

Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan

Muhammad yang ada diruang belakang atau yang tersimpan

di stor dan meletakkannya di ruang tamu.

Baginda tentu tersenyum.....

Bagaimana bila Rasulullah SAW bersedia menginap

dirumah kita?

Barangkali kita teringat bahawa anak kita lebih

hafal lagu-lagu barat daripada

menghafal selawat kepada Nabi. Barangkali kita

menjadi malu bahawa anak-anak tidak mengetahui

sedikitpun sejarah Rasulullah SAW, kerana

kita lupa dan lalai mengajari anak-anak kita.

Baginda tentu tersenyum.....

Barangkali kita jadi

malu bahawa anak-anak kita tidak mengetahui

satupun nama keluarga Rasulullah SAW dan

sahabatnya,tetapi telah menghafal di kepala mengenai

anggota Power Rangers atau Penyu

Ninja.Barangkali kita terpaksa menukar satu bilik

karaoke menjadi ruang bilik solat.Barangkali kita

teringat bahawa perempuan dirumah kita tidak

memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk

berhadapan dengan Rasulullah SAW.

Baginda tentu tersenyum.....

Belum lagi koleksi buku-buku kita

dan anak-anak kita.. Belum lagi koleksi kaset/CD

kita dan anak-anak kita.. Belum lagi koleksi

karaoke kita dan anak-anak kita.. Kemanakah kita

harus menyingkirkan semua koleksi tersebut demi

menghormati junjungan kita? Barangkali kita

menjadi malu diketahui junjungan kita

bahawa kita tidak ke masjid meskipun azan

berbunyi.

Baginda tentu tersenyum.....

Barangkali kita menjadi malu kerana

pada saat azan Maghrib, keluarga

kita malah sibuk di depan TV. Barangkali kita

menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir

seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan

duniawi. Barangkali kita menjadi malu kerana

keluarga kita tidak pernah

menjalankan solat sunat. Barangkali kita menjadi

malu kerana keluarga kita jarang membaca Al-

Quran. Barangkali kita menjadi malu bahawa kita

tidak mengenal tetangga-tetangga kita.

Baginda tentu tersenyum..... Barangkali kita

menjadi malu jika Rasulullah SAW menanyakan

kepada kita siapa nama tukang sapu

sampah yang setiap hari berlegar di depan rumah

kita. Barangkali kita menjadi malu jika

Rasulullah bertanya tentang nama dan alamat

tukang penjaga masjid di tempat kita.

Betapa tetap tersenyum di situ.....

Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba muncul di

depan rumah kita... Apa yang akan kita lakukan?

Masihkan kita memeluk junjungan kita dan

mempersilakan baginda masuk dan menginap di rumah

kita? Atau akhirnya dengan berat hati kita akan

menolak baginda berkunjung ke

rumah kerana hal itu akan sangat membuat kita

kalut dan malu?

Maafkan kami, ya Rasulullah.....

Ampunkan kami ya Rasulullah….

Sesunguhnya kami sedar kami telah jauh tersesat dari jalan ajaranmu…

Kami hina dan tercela bagimu…

Sanggupkah engkau ya kekasih Allah mengaku

Kami sebagai ummatmu lagi….sanggupkah…..sudikah…..

Kami merintih dan merayu padamu….

Maafkan kami….

Masihkah baginda tersenyum.....?

Yaaaaa masih tersenyum

Tatapi senyum yang membawa maksud

Senyum pilu, senyum sedih dan senyum getir.....

Oh, betapa memalukannya kehidupan kita saat ini

di mata Rasulullah.....

Sampaikanlah kepada teman-teman, moga kita dapat

hayati dan renunginya bersama...

0 ulasan: