BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 3 Oktober 2009

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh

Pada hari ahad 3 oktober 2009 bersamaan 14 syawal 1430 hijrah pada pukul 4.35am adalah permulaan bagi ana menurunkan tinta-tinta kata dari hujung jari ana melalui alam siber blog yang masih asing dan jangal ini.(hehehe baru je nak berjinak2x dgn blog,sebenarnya ana yang dah ketinggalan =,< )

Jadi segala cacat cela yang mungkin boleh membuatkan mata penziarah blog ana ini sakit sakit mata,harap maaf beribu kali maaf dan sila beri tunjuk ajar... Sebelum terlambat, ana ingin mengucapkan selamat hari raya kepada mereka yang berjaya menunaikan rukun islam yang ketiga dengan sempurna dan syukran jazilan juga kepada teman ana yang banyak membantu dalam menghasilkan blog ini,muga berkat dan rahmat Allah bersamamu.


Cabaran Remaja Islam Pada Masa kini



Perancangan komunis
  • Memberi galakan dan kebebasan kepada penulis-penulis untuk hentam Islam
  • Memutuskan ikatan agama di antara bangsa-bangsa Islam (suburkan perkauman)
  • Menggunakan Islam untuk hancurkan Islam
  • Menyebarkan fahaman teori Darwinisme – manusia berasal dari beruk
  • Menyebarkan fahaman teori Frued – tumpuan semua kehidupan manusia adalah seks
  • Agama candu masyarakat
  • China dan Rusia telah membunuh seramai 26 juta penduduk Islam Turkistan
  • Yugoslavia, 1 juta penduduk Islam telah dibunuh

Perancangan salibiah
(gerakan hancurkan islam)


  • Cuti hari Jumaat ditukarkan kepada hari Ahad
  • Turki, laungan azan wajib dalam bahasa Turki
  • Gladstone, "Selagimana al-Quran dihayati oleh orang Islam, maka Eropah tidak akan berjaya selama-lamanya. "
  • Pemerintah Perancis di Algeria, "Kita mesti hapuskan al-Quran baru kita berjaya."
  • Zeumer (bapa segala paderi sedunia tahun 1935), "Tugas Kristianisasi bukanlah memasukkan Islam ke dalam Kristian tetapi cukup sekadar menjauhkan mereka dari Tuhan mereka."
  • Lowrence Brown (paderi), "Kita mesti pastikan umat Islam berpecah-belah supaya mereka sentiasa lemah."
  • Menyuburkan slogan hak kebebasan wanita, persamaan taraf lelaki dan wanita dan menentang pemakaian menutup aurat
  • Mendidik anak-anak perempuan dengan budaya Barat
  • Menanamkan keyakinan bahawa bahasa Arab itu susah dan sukar, akhirnya umat Islam benci dan tidak faham akan al-Quran
  • Menyebarkan propaganda bahawa Islam itu penceroboh dan pengganas
  • Menonjolkan wanita Barat moden dan wanita Islam mundur
  • Menonjolkan kebaikan Kristian melalui bantuan kemanusiaan di Negara-negara Islam
  • Dr. Abdul Wadud esy-Syalabi (Universiti al-Azhar), "Pendakwah Kristian di seluruh dunia Islam seramai hampir 500 ribu orang."

Perancangan yahudi

  • Pecahbelahkan dunia Islam, cetuskan peperangan
  • Rosakkan aqidah dan runtuhkan akhlak
  • Membina dan melebarkan Negara Israel (ISRAELRAYA)
  • Bina kekuatan ekonomi Yahudi sedunia ( 1 % daripada hasil rokok dunia disumbangkan kepada Israel. Dengan itu, Israel akan menerima 1 bilion – mungkin secara bulanan )
  • Menawarkan bantuan kewangan dan pangkat kepada anak-anak Islam untuk merosakkan remaja Islam – melalui konsert, filem dan sebagainya
  • Menggalakkan pesta-pesta hiburan tanpa sempadan antara lelaki dan perempuan
  • Suburkan pergaulan bebas – awalnya 'Rakan Study', akhirnya …
  • Tubuhkan sesuatu yang berkonsepkan 'BEBAS DARI IKATAN KETAUHIDAN' (Skin-Head dan sebagainya)
  • Serang budaya Islam dengan budaya Barat

"Tugas Kristianisasi bukanlah memasukkan orang Islam ke dalam Kristian tetapi cukup sekadar menjauhkan kehidupan mereka dari Tuhan mereka."


CONTOH TOKOH REMAJA ISLAM

Abdullah bin Abbas, Pemuda yang Luas Ilmunya

Sedikit cebisan kisah dari sirah…..

“Ya Ghulam, maukah kau mendengar beberapa kalimat yang sangat berguna?” tanya Rasulullah suatu ketika pada seorang pemuda cilik iaitu Abdullah bin Abbas atau Ibnu Abbas..

“Jagalah (ajaran-ajaran) Allah, niscaya engkau akan menda-patkan-Nya selalu menjagamu. Jagalah (larangan-larangan) Allah maka engkau akan mendapati-Nya selalu dekat di hadapanmu.”

  • Keakrabannya dengan Rasulullah sejak kecil membuat Ibnu Abbas tumbuh menjadi seorang lelaki berkepribadian luar biasa. Keikhla-sannya seluas padang pasir tempatnya tinggal. Keberanian dan ghairah jihadnya sepanas sinar matahari gurun
  • Seorang yang amat cintakan ilmu sehingga terkisah dimana sepanjang malam ia berjaga, sampai terdengar olehnya Rasulul-lah bangun untuk menunaikan solat. Segera ia mengambil air untuk bekal wudhu Rasulullah sehingga Rasulullah rasa bangga dan kagum meluap dalam dada Rasulullah. Beliau menghampiri Ibnu Abbas, dan dengan lembut diusapnya kepala belia itu. “Ya Allah, berikan dia keahlian dalam agama-Mu, dan ajarilah ia tafsir kitab-Mu,” demikian do’a Rasulullah malam itu.
  • Saat Rasulullah wafat, ia masih sangat belia, 13 tahun umurnya. , Ibnu Abbas benar-benar merasa kehilangan namun semangat jihad tak boleh berkurang. Maka Ibnu Abbas pun mula melakukan perburuan ilmu.
  • Beliau sanggup tidur di depan pintu rumah untuk menuntut ilmu. Begitulah kehidupan Ibnu Abbas,dan hasilnya ia benar-benar menjadi seorang pemuda dengan ilmu dan pengetahuan yang tinggi. Sehiggakan taraf tinggi ilmunya tak berimbang dengan usianya,
  • Pendapat-pendapatnya selalu didengar karena keilmuannya. Sampai-sampai Amirul Mukminin kedua itu memberikan julukan kepada Ibnu Abbas sebagai “pemuda tua”.
  • Pada masa Khalifah Utsman, Ibnu Abbas mendapat tugas untuk pergi berjihad ke Afrika Utara. Bersama pasukan dalam pimpinan Abdullah bin Abi Sarh, ia berangkat sebagai mujahid dan juru dakwah. Di masa kepemimpinan Ali bin Abi Thalib, ia pun menawarkan diri sebagai utusan yang akan berdialog dengan kaum khawarij dan berdakwah pada mereka. Sampai-sampai lebih dari 15.000 orang memenuhi seruan Allah untuk kembali pada jalan yang benar.

SAIDINA ALI

  • Ketokohan Saidina Ali sebagai seorang khalifah sebenarnya telah diasah dan digilap semenjak dari kecilnya.
  • Apabila berada di tengah-tengah masyarakat, ramai yang tertawan hati. Bila berhadapan dengan musuh sangat digeruni.
  • Beliau adalah kanak-kanak pertama memasuki Islam
  • Beliau juga dididik menjadi seorang ilmuan yang mempunyai ilmu mencakupi pelbagai bidang

Sa’ad bin Abi Waqqas

  • Ia dikenal sebagai pemuda yang serius dan memiliki pemikiran yang cerdas.
  • menganut ajaran Islam ketika berusia 20 tahun, Sa'ad kemudian menjadi salah satu sahabat yang pertama masuk Islam.
  • kekuatan dan keteguhan iman Sa'ad bin Abi Waqqas tiada tolak bandingnya
  • Di barisan pejuang Islam, nama Sa'ad bin Abi Waqqas menjadi salah satu tonggak utamanya.Ia
  • terlibat dalam Pertempuran Badar
  • Pada Pertempuran Uhud, bersama Zaid, Sa'ad terpilih menjadi salah satu pasukan pemanah terbaik Islam.

Zulkarnain

REMAJA adalah transisi usia antara kanak-kanak dan dewasa. Mereka adalah pewaris masa depan seluruh ummah.Banyak kisah daripada al-Quran dan hadis yang boleh dijiwai oleh remaja untuk diselidiki dan dicontohi. Antaranya kisah Nabi Zulkarnain.
Ciri kepemimpinannya yang perlu diteladani.

# Takwa
  • Hayati kata-katanya sebelum membina tembok pemisah penghadang Yakjuj dan Makjuj seperti di dalam ayat 95, surah Al Kahfi bermaksud

95. Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) Yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku Dengan tenaga (kamu beramai-ramai) Aku akan bina antara kamu Dengan mereka sebuah tembok penutup Yang kukuh.

  • Begitu juga sikap Zulkarnain yang tidak berganjak atau goyah walaupun selepas menempa kejayaan dalam pembinaan tembok itu, seperti dalam surah sama, ayat 98 bermaksud

98. (setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; Dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar".

# Berwawasan, mempunyai misi dan tujuan hidup yang jelas.
  • wawasannya untuk menegakkan kebenaran dan keadilan serta memerangi segala bentuk kekufuran dan kemaksiatan seperti yang digariskan Allah.Sungguhpun Zulkarnain dikurniakan segala keperkasaan dan kebesaran, ia tidak begitu mudah memesongkannya daripada matlamat dan hala tuju wawasan yang terpahat di jiwanya.
Dalam surah al-Kahfi, ayat 87 hingga 88, Allah berfirman bermaksud
87. ia berkata: "Adapun orang Yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka Kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya Dengan azab seksa Yang seburuk-buruknya.

88. adapun orang Yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan Yang sebaik-baiknya; dan Kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah Kami Yang tidak memberati".

# Bijak menyusun strategi
  • Setiap perkara untuk mencapai wawasan perlu dirancang dengan rapi. Bukan tindakan yang membuta atau ikut suka-suka. Dalam hal ini, surah al-Khafi mengulangi ayat yang bermaksud berikut:“(Zulkarnain) telah mengikuti satu jalan atau menggunakan pendekatan tertentu.” Sebanyak tiga kali iaitu di dalam ayat 85, 89 dan 92.Apakah makna di sebalik penekanan itu?Ia untuk menegaskan bahawa bagi mendaki tangga kejayaan perlu kepada penyusunan strategi yang rapi, teliti dan halus. Mesti adanya pelan tindakan.

# Berfikiran luas berteraskan pandangan global.
  • Remaja perlu mempunyai kematangan berfikir yang menjangkaui tahap global dalam menghadapi globalisasi. Allah menyatakan dalam surah al-Kahfi, ayat 84 bermaksud
84. Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu Yang diperlukannya.

# Mahir berkomunikasi.
Dalam surah al-Kahfi, ayat 93 hingga 94, Allah berfirman
93. sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisiNya satu kaum Yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.

94. mereka berkata: "Wahai Zulkarnain, Sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya Kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) Dengan syarat Engkau membina sebuah tembok di antara Kami Dengan mereka?"

# Mampu menguasai kecanggihan teknologi terkini.
  • Budaya berkemahiran sebegini memang dimiliki Zulkarnain dan jelas ditunjukkan di dalam surah al-Kahfi ayat 96 hingga 97 sehingga dapat membina tembok besar untuk membendung kemungkaran Yakjuj dan Makjuj
96. bawalah kepadaKu ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua Gunung itu, ddia pun perintahkan mereka membakarnya Dengan berkata: "Tiuplah Dengan alat-alat kamu" sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya Aku tuangkan atasnya".

97. maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.


Mus’ab Bin Umair : Pemuda Dakwah Mengubah Sejarah


  • Dakwah Mus’ab di Madinah telah mengislamkan Saad Bin Muadz dan Usaid Bin Hudair, dua tokoh pemimpin dan golongan elit Madinah.
  • Kegigihan dakwahnya sehinggakan tiada pintu yang tidak diketuknya,dan Madinah bercahaya dengan Islam atas usaha dakwahnya.
  • Mus’ab Bin Umair juga terlibat secara aktif dan memegang peranan penting dalam aspek pertahanan negara Madinah, beliau telah diberi kepercayaan untuk memegang panji-panji Islam ketika perang Badar dan perang Uhud. Ini membuktikan Mus’ab bukan sahaja pintar malah juga berani dan berkebolehan dalam peperangan.Namanya harum mekar sepanjang zaman menjadi contoh belia terbaik.

Wahai pemuda Islam bersatulah!
Dunia Islam menanti langkah sucimu
Luruskan niat di hati
Rapat barisan sejati
Jadikan diri pemuda Rabbani

Allah Ghayatuna
Muhammad Qudwatuna
Qur’an Dusturuna
Jihad Sabiluna

Allah Tujuanku
Muhammad Tauladanku
Qur’an Petunjukku
Dan Jihad Jalanku
Syahid di jalan Allah Cita-cita tertinggi

0 ulasan: