BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 28 Oktober 2009

MABUK DALAM CINTA TERHADAP ALLAH


Assalamualaikum, apa khabar iman anda, apa khabar solat anda, apa khabar jiwa anda, apa khabar tahajjud anda, apa khabar kebersihan pandangan anda, apa khabar hafazan anda, apa khabar semangat juang dakwah anda, apa khabar mujtahid anda dalam mencari ilmu, dan apa khabar teman-teman anda……..segala jawapan ada pada anda sendiri, dan begitu juga kepada si penulis yang jahil ini yang lebih banyak kekurangan, oleh itu marilah kita sama-sama menyelami, mencari dan memperbetulkan apa yang kita alpa, apa yang kita leka, apa yang kita tersepas pandang dan apa kekurangan yang ada sebelum tiba masanya kita berhadapan dengan Raja pemerintahan di padang mahsyar kelak…..


Pada kali ini, ana ingin bawakan sebuah kisah tentang Cinta…bukan kisah Ayat-ayat Cinta atau kisah Ketika Cinta Bertasbih, atau kisah Cinta tiga segi, atau kisah Cinta Monyet dan sebagainya.Tetapi kisah cinta yang jarang kita dengar (kpd mrk yang yg x prnah dengarlah)….hmm kisah ini amat bermakna bagi mereka yang selalu berkata-kata atau yang selalu pandai bermadah atau yang selalu menceritakan betapa indahnya jika memperoleh Cinta Ilahi…..Oleh itu ana bawakan kepada anda sebuah kisah yang menggambarkan betapa indah dan tiada bandingannya jika mendapat Cinta Allah daripada memperoleh Cinta selain Allah….


Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Zarrah cintaku kepada-Nya."
Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Zarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Zarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Zarrah."
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Zarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.

Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengar penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Zarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."


0 ulasan: